WARTAWAN Harian Metro menemubual ahli keluarga mangsa.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Asmah Rusman


Kuala Lumpur: “Kami sekeluarga yakin abang dijerat sindiket dadah sebelum diperdaya menjadi ‘keldai syabu’. Mustahil dia sanggup mempertaruhkan nyawa dengan menjinjing dadah seberat satu kilogram begitu sahaja,” ujar adik mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam, 30-an.

Dia mendakwa terkejut sebaik mengetahui abangnya berusia 40 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas didakwa cuba menyeludup syabu melalui Lapangan Terbang Bandara Internasional Sultan Iskandar Muda (SIM) Blangbintang, Aceh, Sumatera, Indonesia pada jam 9 pagi Khamis lalu.

Difahamkan lelaki dikenali sebagai Hisham, 40, itu ditahan sejurus tiba di Aceh selepas mengambil penerbangan pesawat tambang murah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

“Kami hanya mengetahui berita penahanan abang selepas ia tersebar di media sosial Indonesia. Masih belum ada pihak berkuasa yang memaklumkan perkara itu kepada kami.

“Malah, kami pasti individu ditahan itu adalah abang berikutan media Indonesia turut mendedahkan nama dan gambarnya kepada umum,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 7:53 AM