NASKAH al-Quran yang ditemui.
KEADAAN rumah yang terbakar.

Daro: Penduduk Kampung Bruit, di sini, terkejut menemui senaskhah al-Quran berkeadaan baik dalam sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran, semalam.

Kejadian jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan seorang ibu tunggal berusia 40-an tinggal sehelai sepinggang.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Bruit, Ismaili Johari berkata, penduduk hanya mampu mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran.

Menurutnya, angin kencang menyebabkan api merebak pantas.

“Bagaimanapun, sebaik berjaya mengawal kebakaran, kami terkejut menemui senaskhah al-Quran berwarna hitam dalam keadaan baik, cuma sedikit terbakar di bahagian bawah.

“Kami cuba mencari barang kelengkapan lain yang boleh diselamatkan, malangnya semuanya hangus kecuali al-Quran ini,” katanya.

“Mangsa tiada pendapatan tetap sejak kematian suaminya,” katanya.

Ketua Politik Ketua Menteri Sarawak Abdullah Saidol berjanji menghulurkan sumbangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 7:27 AM