HANS Isaac
ZIELA
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
rnorain@hmetro.com.my

Kuantan: Tiga penggiat seni tanah air antara 256 penerima darjah dan kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, di sini, hari ini.

Mereka adalah Pengarah Urusan Tall Order Sdn Bhd, Gerald Hans Isaac atau lebih dikenali sebagai Hans Isaac, Presiden Eksekutif KRU Bros Sdn Bhd, Norman Abdul Halim atau Norman KRU dan Pengarah Urusan Pena Creative Pictures Sdn Bhd, Norzilah Abdul Jalil atau Ziela Jalil.

Mereka menerima pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Doris Sophia Brodi mengetuai senarai keseluruhan dan dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 12 individu lain.

Penerima SSAP lain adalah Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Khairuddin ES Abd Samad, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Abd Shukor Ibrahim, Pakar Perunding Ortopedik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Datuk Dr Nottah Premchandran dan Presiden World Pro Taekwondo Kukkiwon, Datuk Lau Kueng Chai.

Pengarah Urusan MMN Bina Sdn Bhd, Datuk Mohamed Mokhtar Nadzri, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Dubaiz, Datuk Dr Rusli Zaman, Pengarah Urusan Aras Kuasa Sdn Bhd, Datuk Pek Kok Sam, Pengarah Urusan DZZ Global Trading, Datuk Zakaria Zainuddin, Peguambela dan Peguamcara, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Pengerusi Mutual Investment Sdn Bhd, S Ramachandaran.

Seramai enam individu menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Duta Besar Malaysia ke Kuwait, Ahmad Rozian Abd Ghani, Pengarah Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad, Datuk Mohd Zainul Fithri Othman, Pengarah Eksekutif Deloitte, Mohd Nizar Mohd Najib, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang, Mohammad Yunus Md Yusof, Pesuruhjaya Penyemak dan Pembaharuan Undang-Undang Jabatan Peguam Negara, Siti Zawahir Mohamed dan Peguambela dan Peguamcara, Zaharman Zainal Abidin.

Baki 82 penerima pingat DIMP adalah Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Vazeer Alam Mydin Meera, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mohamed Arifin Awang Ismail, ADUN Bebar, Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, ADUN Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, Datin Junaidah Kamaruddin, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Mohtar Musri, Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut, Dr Sukarno Wagiman, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Shamsiah Kamaruddin dan Pengarah Bahagian SPRM, Nor Azmi Karim.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Hashim Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Engku Mohd Azmi Engku Mohd Basri, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Johari Ramli, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, W Ramli Wan Abdullah, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Alias Salim, Pengarah Urusan Deekel Enginering (M) Sdn Bhd, Che Rashid Mahmood, Pengarah Seksyen Pengurusan Maklumat Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kamarudin Tahir, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang, Mohamad Zawawi Mahmud dan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Shahrol Anuwar Sarman.

Penerima DIMP lain termasuk Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Mark Ujin, Pengarah Penjara Pahang, Ab Basir Mohamad, Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan, Habibah Mohamed Yusof. , Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan Kumpulan UDA Holdings Bhd, Julainie Mohd Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohd Zain Hassan, Komander Unit Tindak Khas Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Hazani Ghazali, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin.

Pegawai Khas Menteri Pertahanan, Noraslina Zainal Abidin, Ketua Staf Pasukan Khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Senior Asisten Komisioner Mohamad Ismail, Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Amir Harun dan Ketua Komunikasi Menteri Pertahanan, Mejar (K) Azmi Akop.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 5:28 AM