ALIAS (kiri) menyerahkan sumbangan buku bantuan banjir kepada Ismail di BTPNT.
ALIAS (kiri) menyerahkan sumbangan buku bantuan banjir kepada Ismail di BTPNT.
myMetro

Marang: “Sebahagian buku milik sekolah rosak ketika banjir melanda pada 2014 dan kini saya bersyukur apabila mendapat gantian buku baharu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” kata Ismail Muda, 59, Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah, Kuala Berang.

Menurutnya, buku yang disumbang oleh KPM itu akan dapat membantu pelajar di sekolahnya membuat rujukan selain dapat meningkatkan jumlah bahan bacaan kepada guru.

“Saya tidak menyangka sekolah akan menerima buku dan set terjemahan al-Quran serta Bahan Bantu Mengajar (BBM). Dengan bantuan ini saya mengharapkan pelajar dan guru dapat memanfaatkan sepenuhnya bahan bacaan dan BBM ini,” katanya.

Di majlis yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT), di sini, kelmarin, sebanyak 17,604 nashkah buku diagihkan kepada 54 sekolah menengah dan 24 sekolah rendah yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah BTPNT Alias Talib.

Hadir sama Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNT [email protected] Abdul Majid.

Sementara itu, Alias berkata, buku yang disumbangkan melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) diagihkan kepada sekolah yang terlibat dengan musibah banjir pada Disember 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 9:21 AM