PENGERUSI IIC Datuk Seri Syed Hussein Abd Kadir Al Habshee menyerahkan memorandum biasiswa Shamsul Kahar.

Kolej Islam Antarabangsa (IIC) menyediakan biasiswa RM9.4 juta untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang mendaftar di kolej berkenaan sepanjang sesi 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shamsul Kahar Haron berkata, inisiatif itu diadakan bagi meringankan beban kewangan pelajar untuk menyambung pengajian di kolej terbabit.

Kata Shamsul, negara turut menerima tempias kegawatan ekonomi dunia dan disebabkan itu pihaknya berpendapat, pemberian biasiswa berkenaan adalah tindakan yang wajar dilakukan bagi membantu kerajaan dalam bidang pendidikan.

“Pemberian biasiswa itu akan diberikan kepada pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan RM15,000 ke bawah dan jumlahnya bergantung kepada kursus yang ditawarkan di IIC iaitu antara RM1,700 hingga RM6,000.

“Bagaimanapun, tidak semua pelajar akan diberikan biasiswa berkenaan kerana ia bergantung kepada terma serta syarat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2016 @ 6:46 AM