AHMAD Zahid berucap pada sesi perbualan di universiti.

Washington: Dalam membendung keganasan, ada keperluan untuk menghalang pengganas daripada mendapatkan dana dan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka perlu dihalang daripada mengendalikan bahan letupan, pembuatan bom dan senjata api.

“Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, kami mesti menghalang mereka daripada mempunyai akses kepada Improvised Explosive Device (IED) (peranti letupan diubah suai) dan mana-mana komponen yang berkaitan nuklear,” katanya.

Ahmad Zahid dalam ucapannya mengenai keganasan, pelampau dan deradikalisasi dalam sesi Perbualan dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan pelajar daripada universiti Amerika Syarikat, di sini, berkata Malaysia mengambil tiga langkah utama dalam perjuangan menentang keganasan.

Program berkenaan dikendalikan Prof Amitav Acharya, profesor hubungan antarabangsa universiti terbabit yang berkhidmat sebagai pengerusi Pusat Pengajian ASEAN di universiti itu. – BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 5:08 AM