Nanda  (kanan)   memeriksa   pacuan empat roda yang membawa minuman keras.
Nanda (kanan) memeriksa pacuan empat roda yang membawa minuman keras.

Curiga dengan kelibat pacuan empat roda bercermin gelap dipandu laju di Jalan Padang Besar-Ulu Pauh menuju ke Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis mendorong kenderaan peronda polis (MPV) mengekorinya.

Bagaimanapun, suspek memecut laju kenderaan selepas menyedari diekori polis selama 10 minit lalu berhenti di sebuah kawasan sebelum melarikan diri dan meninggalkan pacuan empat roda berkenaan.

Polis yang memeriksa kenderaan terbabit berjaya menemui 127 karton berisi 3,048 tin minuman keras bernilai RM100,000 tanpa cukai dipercayai cuba diseludup ke negara ini.

Ketua Polis Daerah Superintendan Nanda Maarof berkata, kejadian berlaku jam 6.15 pagi ketika dua anggota polis melakukan rondaan di laluan berkenaan sebelum terserempak sebuah pacuan empat roda Nissan Frontier berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 April 2016 @ 9:30 AM