Kuala Lumpur: Gaya hidup rakyat yang kini gemar membeli-belah secara dalam talian semakin menguntungkan menerusi laman web pulangan tunai, ShopBack Malaysia yang menawarkan Cashback atau ganjaran wang tunai.

Ketua Pengurus Cashback Malaysia, Gil Carmo berkata, lebih daripada 280,000 rakyat Malaysia kini menggunakan ShopBack untuk mendapatkan tawaran diskaun dan Cashback sehingga 30 peratus dalam talian.

Laman web ShopBack semakin dikenali sebagai alat penjimatan dalam talian di negara barat dan sedang berkembang dengan pantas di Singapura, Malaysia, Filipina, India dan Indonesia.

“Kami mendapati Cashback yang memberi pengguna ganjaran dengan wang tunai jauh lebih praktikal berbanding kredit atau mata program kesetiaan.

“Kami mahu menggalakkan rakyat Malaysia membeli secara dalam talian dengan memberi insentif Cashback setiap kali pengguna membeli di mana-mana laman web melalui pautan yang terdapat di laman kami," katanya.

Shopback sudah menjalin kerjasama dengan lebih daripada 500 e-peruncit antarabangsa dan tempatan seperti Lazada, Groupon, Agoda, Qoo10 dan Zalora.

Anda boleh mendapatkan Cashback dalam tiga langkah mudah iaitu daftar atau log masuk ke dalam akaun dan pilih laman perniagaan online untuk membeli.

ShopBack kemudian akan memaklumkan pengguna jumlah Cashback mereka menerusi emel dalam masa dua hari dan wang itu boleh dipindahkan ke akaun bank tempatan apabila ia boleh ditebus.

Pembaca myMetro boleh mendaftar akaun percuma di https://www.shopback.my/mymetro.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web ShopBack atau Facebook ShopBack Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 7:52 AM