ANGGOTA bomba terpaksa menggunakan tangga untuk memujuk dan membawa turun lelaki yang enggan turun dari koridor sebuah hotel bajet.
ANGGOTA bomba terpaksa menggunakan tangga untuk memujuk dan membawa turun lelaki yang enggan turun dari koridor sebuah hotel bajet.
Iskandar Shah Mohamed

Shah Alam: Panik dicekup kerana disyaki berkhalwat, seorang lelaki ‘bertapa’ lebih 30 minit di koridor tingkat tiga sebuah hotel bajet di sekitar bandar raya ini sebelum diselamatkan bomba, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 20-an bertindak demikian kerana mahu bersembunyi selepas menyedari kehadiran penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan.

Namun, selepas memecahkan pintu dan berusaha memujuk, lelaki itu bersetuju untuk menyerah diri namun ketakutan untuk turun sehingga terpaksa meminta bantuan bomba untuk menurunkannya yang berada di koridor kecil atas tingkap bilik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2016 @ 5:08 AM