FARUL Aidib (kiri) dan Azim Afif tiba di klia2 selepas berjaya menakluki puncak Everest.
Siti A’isyah Sukaimi


Sepang: “Setakat ini belum ada perancangan, tetapi impian itu memang ada,” kata pendaki Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Farul Aidib Mahamad Yusoff, 22, ketika ditanya mengenai sama ada dia berhasrat menyempurnakan pendakian ke tujuh puncak di tujuh benua.

Farul Aidib dan bekas penuntut UTM Azim Afif Ishak, 28, merangkap jurulatih sebelum ini berjaya menawan puncak gunung Everest pada 23 Mei lalu.

Pelajar Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) itu berkata, dia mahu memfokuskan untuk menyempurnakan pengajiannya terlebih dahulu sebelum meneruskan minat dalam aktiviti mendaki gunung.

“Saya masih pelajar UTM, jadi fokus kini mahu menghabiskan pelajaran di universiti sebelum meneruskan perancangan terhadap misi berkaitan gunung.

“Kini saya berada di tahun kedua dan tempoh pengajian itu masih panjang serta berazam mahu menghabiskannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejurus tiba dari Kathmandu, malam kelmarin.

Kepulangan mereka disambut Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ir Dr Wahid Omar, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz serta ahli keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 11:16 AM