TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersalam dengan orang ramai selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah. FOTO Luqman Hakim
SULTAN Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin (dua kanan) dan turut hadir Di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail (kanan) bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan sunat solat Aidilfitri di Masjid Al- Muktafi Billah Shah, Ladang. FOTO Aswadi Alias
TUNKU Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (Pengerusi Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah) (tengah) bersalaman bersama orang ramai yang hadir menunaikan solat sunat hari raya aidilifitri di Masjid Zahir. FOTO Sharul Hafiz Zam
SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar, berkenan berangkat menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri, dan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Masjid Bandar Dato Onn. FOTO Mohd Azren Jamaludin
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar. FOTO Muhaizan Yahya
Mohd Hafizee Mohd AropIzlaily Nurul Ain HusseinMuhaamad Hafis Nawawi dan Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz dan Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, pagi ini.

Keberangkatan Sultan Nazrin disambut oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kira-kira jam 8.30 pagi .

Manakala Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru, pagi ini bersama lebih 1,000 umat Islam.

Baginda tiba pada jam 8.20 pagi diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda yang lain iaitu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Turut menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sementara itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu, pagi ini.

Sultan Mizan tiba jam 8.10 pagi dan turut disertai Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail.

Mengiringi baginda bertiga, Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda serta Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Di Pahang pula, kira-kira 1,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Kuantan, pagi tadi.

Baginda berangkat bersama isteri, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anak-anaknya dan tiba di perkarangan masjid itu kira-kira jam 8.40 pagi.

Sementara itu di Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang juga Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah tiba jam 8.50 pagi tadi untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir, di sini, bersama lebih 2,000 umat Islam.

Baginda bersama isteri Puan Temenggong Kedah Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff turut bersalaman dengan umat Islam yang hadir di masjid itu sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2016 @ 11:00 AM