MANGSA, Zulhilmie diperiksa oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia.
MANGSA, Zulhilmie diperiksa oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia.

Hulu Selangor: Kegembiraan seorang remaja mandi di pusat rekreasi Air Terjun Sungai Sendat, Ulu Yam di sini, bertukar tragedi apabila dia ditemui mati lemas.

Dalam kejadian jam 1 petang semalam, mangsa, Zulhilmie Aiman Zulkifli, 16, ditemui terapung dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum beberapa rakannya meminta bantuan orang ramai.

Orang awam yang berada di lokasi kejadian kemudian menarik mangsa ke tebing sungai sebelum menghubungi pasukan bomba dan penyelamat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 1.20 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa yang berasal dari Pelabuhan Klang, Selangor itu sudah meninggal dunia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2016 @ 9:27 AM