Ariffin (dua dari kiri) berbincang dengan wakil NGO berkaitan isu along.

Kuala Lumpur: “Cukup-cukuplah beri kesenangan kepada mereka. Sejak puluhan tahun lalu mereka hidup di atas caj faedah yang melampau.

“Hasil daripada faedah itu bukan saja memberi kemewahan hidup kepada mereka, malah digunakan untuk menghidupkan kegiatan haram lain seperti perjudian dan menaja kongsi gelap,” kata Ketua Sekretariat Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) Ariffin Abu Bakar.

Menurutnya, pihaknya akan terus membuat pendedahan demi pendedahan isu along sehingga ada tindakan drastik diambil bagi menghapuskan ‘perniagaan’ itu yang bertapak sejak sekian lama.

Katanya, GBAH akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar bagi membincangkan kaedah terbaik khususnya pemberian lesen kepada Pemberi Pinjaman Wang (PPW) di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 9:25 AM