PENDUDUK kampung mula mengemas kediaman masing-masing.

Ipoh: Banjir kilat akibat fenomena air laut pasang besar di negeri ini semakin pulih apabila satu daripada tiga pusat pemindahan ditutup dan 13 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, semalam.

Pegawai Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri berkata, seramai 13 mangsa yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Nelayan, Kerian dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, jam 1 tengah hari selepas air surut.

Beliau berkata, semua mangsa dipindahkan selepas air laut memasuki rumah mereka yang terletak di persisiran pantai berhampiran surau di Kuala Kurau kelmarin, namun dibenarkan pulang selepas air surut.

“Bagaimanapun, kami masih dalam keadaan berjaga-jaga untuk memindahkan semula keluarga berkenaan jika air pasang besar kembali melanda kawasan rumah mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 September 2016 @ 7:22 AM