40 PEMANDU teksi berkumpul bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap khidmat Uber dan Grabcar di hadapan bangunan parlimen.
40 PEMANDU teksi berkumpul bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap khidmat Uber dan Grabcar di hadapan bangunan parlimen.

Kuala Lumpur: Desak kerajaan membatalkan pendaftaran kenderaan persendirian yang beroperasi sebagai GrabCar dan Uber.

Itu antara tuntutan sekumpulan 40 pemandu dan pengusaha teksi yang berkumpul di hadapan Parlimen di sini, pagi semalam.

Mereka turut menuntut operasi GrabCar dan Uber dalam industri pengangkutan awam di negara ini dikaji semula kelulusan dan pewartaannya di Parlimen melalui memorandum diserahkan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Kereta Sewa Malaysia Menentang GrabCar dan Uber, Jefri Jaafar Tukeman berkata, memorandum berkenaan diserahkan kepada majlis perwakilan Parlimen supaya perkara berkenaan dapat diusulkan di Parlimen.

Katanya, memorandum berkenaan mengandungi 10 perkara di mana pihaknya membantah pendekatan yang hendak diguna pakai kerajaan bagi mewartakan GrabCar dan Uber berikutan wujudnya satu penganiayaan terhadap pengusaha dan pemandu teksi

“Kami mendesak supaya kementerian dan pihak bertanggungjawab mematuhi undang-undang yang mereka bina sendiri sebelum ini terhadap pemandu dan pengusaha teksi,” kataya..

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2016 @ 5:52 AM