MAS Ermieyati (dua dari kiri) meneliti ukiran ayat al-Quran yang dipamerkan di Persidangan dan Ekspo Pelancongan Islam Sedunia 2016 di PWTC.
MAS Ermieyati (dua dari kiri) meneliti ukiran ayat al-Quran yang dipamerkan di Persidangan dan Ekspo Pelancongan Islam Sedunia 2016 di PWTC.

Kuala Lumpur: Malaysia terus menjadi pilihan bagi pelancong Islam dengan bilangan kemasukan ke negara ini yang mencecah seramai 5.2 bilion tahun lalu.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, penyumbang utama terhadap bilangan besar kemasukan pelancong itu adalah disebabkan suasana pelancongan di Malaysia yang mesra Islam.

Katanya, kerajaan juga memberi komitmen dan meletakkan pasaran pelancong Islam itu sebagai keutamaan terutama menerusi penubuhan Pusat Pelancongan Islam pada 2009 sebagai usaha membangunkan lagi pelancongan Islam.

“Malaysia kekal di tangga pertama destinasi pelancongan Islam paling popular dalam kalangan pelancong Islam hasil kajian secara dalam talian yang dijalankan sebuah portal pelancongan Islam, Crescent Rating 2015.

“Hampir seorang daripada setiap empat orang pelancong ke Malaysia ialah pelancong Islam. Tahun lalu, kita menerima kemasukan 5.2 bilion pelancong Islam.

“Faktor yang menyumbang kepada kejayaan itu adalah disebabkan banyak cawangan restoran yang diiktiraf halal selain banyak tempat solat serta perkhidmatan penginapan yang mesra Islam,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 8:25 AM
Digital NSTP Subscribe