Zulaikha

Johor Bahru: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di sini, mengesan ibu kandung serta waris dua bayi dan seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian ibu bapa selepas ditemui orang ramai di sekitar daerah ini.

Jurucakap JKM berkata, seorang daripada bayi perempuan berusia 43 hari dinamakan sebagai Zulaikha lahir pada 18 September 2016.

Menurutnya, bayi berkenaan dijumpai orang ramai di kawasan Majidee dan diserahkan ke Balai Polis Majidee.

Beliau berkata, pihaknya juga mengesan waris bayi lelaki bernama Marcus Idrus yang kini berusia tujuh bulan.

“Selain Marcus, JKM turut mengesan waris kanak-kanak lelaki, Raihan berusia 2 tahun 11 bulan.

“Ibu kanak-kanak itu, Emi Mastura menghilangkan diri selepas melahirkannya di HSA,” katanya yang menambah orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan boleh menghubungi talian 07-2232606.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2016 @ 10:42 AM