Abdul Azeez
Muhammad
Ahmad
Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengetuai senarai 599 penerima darjah kebesaran, pingat dan bintang sempena Hari Keputeraan Ke-47 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, di sini, hari ini.

Ahmad menjadi penerima tunggal Gelaran Kebesaran Datuk Bentara Kanan yang membawa gelaran Datuk.

Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah menjadi penerima tunggal Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk dikurniakan kepada tiga penerima diketuai Ahli Majlis Perajaan Negeri, Datuk Tengku Faridah Almarhum Sultan Ibrahim, Pengerusi PNB Development Sdn Bhd, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim.

Tiga penerima bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad

Seramai tiga penerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Ahmad Bache dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Selain itu, 12 penerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Dr Ramli Mamat, Bendahari Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan, Al Muhammadi Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissal, Mudir Pondok Terusan Limbat, Wan Mohamed Wan Osman dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang membawa gelaran Datuk.

Penerima Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) membawa gelaran Datuk ialah Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera Kementerian Pertahanan, Brigadier Jeneral Nawawi Daud dan Panglima Markas Briged Artileri Roket, Brigadier Jeneral Ahmad Ab Rahman.

Seramai 16 penerima pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) membawa gelaran Datuk termasuk Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Datuk Zaitun Ab Samad, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Malaysia Kelantan, Profesor Abdul Aziz Ab Latif dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam, Zamri Ismail.

Tujuh penerima Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (DPJK) membawa gelaran Datuk antaranya Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Komisioner Jeneral Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar, Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Dalam pada itu, 163 penerima bintang termasuk wartawan New Straits Times Kelantan, Sharifah Mahsinah Syed Abdullah yang menerima Bintang Ahli Kelantan (AK).

Selain itu, 208 penerima termasuk jurugambar New Straits Times Press (M) Berhad, Muhamed Fathil [email protected] yang menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2016 @ 5:21 AM