IZAKI dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Batu Pahat, semalam.
IZAKI dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Batu Pahat, semalam.
Mohd Hanafis Abdul Haris


Batu Pahat: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam terhadap tuduhan cuba membunuh isterinya dengan menjerut leher wanita itu di tempat letak kereta sebuah pasar raya, 28 November lalu.

Izaki Mohamed Taib, 37, mengaku tidak bersalah sebaik tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Amran Jantan.

Mengikut kertas pertuduhan, Izaki didakwa menjerut leher Nursuhana Misni, 22, menggunakan tali nilon bagi membunuhnya dalam kereta di tempat parkir sebuah pasar raya, di sini, antara jam 7.35 hingga 7.45 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh sebelum mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 21 Disember bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mustaqim Sukarno.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 9:51 AM