Keadaan mangsa ketika mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Nur Syazwana Mansor

Pendang: “Pendang: Saya dikurung, digari, dipukul dan ditikam di bahu dan paha. Dia ugut nak bunuh dan campak mayat saya di Sungai Klang apabila saya tidak mengaku semua tuduhan yang dilemparkan kepada saya.”

Demikian kata seorang gadis berusia 27 tahun yang mendakwa diculik dan dikurung bekas teman lelakinya yang juga anggota polis berpangkat lans koperal selama tiga hari.

Dia mengalami retak tulang bawah mata kanan akibat ditumbuk, empat kesan tikaman di bahu dan paha, selain lima jahitan pada bibir serta lebam di seluruh badan akibat dipukul suspek dengan tangan dan objek keras sepanjang dikurung.

Mangsa berkata, ayahnya membuat laporan di Balai Polis Klang dan Pendang selepas dia menceritakan apa berlaku dan dibawa pulang ke kampung untuk rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2016 @ 9:39 AM