TELEFON bimbit pelbagai jenama yang dirampas.
Norizuan Shamsuddin


Subang Jaya: Dua lelaki kempunan untuk menikmati sepenuhnya wang hasil jualan barangan curi apabila dicekup polis selepas tiga hari melakukan pecah kedai telefon bimbit di pusat beli-belah Main Place USJ 21, di sini, 26 Disember lalu.

Malah, hasil penahanan suspek juga polis berjaya menangkap seorang pemilik kedai disyaki pembeli barangan hasil kegiatan jenayah itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, suspek berusia 23 dan 28 tahun terbabit ditahan susulan laporan seorang pemilik premis menjual dan membaiki telefon selepas menyedari kedainya di tingkat dua pusat beli-belah berkenaan dipecah masuk jam 10.30 pagi.

Katanya, pemeriksaan dilakukan mendapati sebanyak 22 telefon bimbit baru pelbagai jenama dan 26 telefon bimbit terpakai di dalam rak pameran di dalam kedainya hilang.

“Hasil pemeriksaan polis di lokasi menemui tiga kesan cap jari di rak pameran telefon dan suspek dipercayai memasuki premis terbabit dengan mengumpil pintu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2017 @ 4:51 AM