PENAGIH yang ditahan sekitar daerah Seri Manjung.

Seri Manjung: Pelbagai cara digunakan penagih dadah untuk melepaskan gian termasuk mengubah suai labu sayong menjadi ‘dapur’ untuk menghisap ganja.

Kebiasaannya penagih hanya menggunakan batang betik dan botol kaca sebagai ‘dapur’ ganja tetapi serbuan dilakukan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Manjung di Pulau Pangkor bermula Rabu sehingga kelmarin menemui labu sayong yang diubah suai.

Seramai 15 individu disyaki penagih dadah ditahan AADK dalam operasi perangi dadah di sekitar daerah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2017 @ 7:09 AM