PEGAWAI AADK memeriksa rumah yang dihuni tiga lelaki di Taman Desa Baiduri, kelmarin.
Mohd Fadly Samsudin


Kajang: Dinding rumah dipenuhi poster wajah pemimpin agama serta ayat suci al-Quran. Bagaimanapun kediaman terletak di flat Taman Desa Baiduri itu dijadikan pusat penganjuran ‘pesta’ dadah beramai-ramai.

Difahamkan rumah terbabit dihuni tiga lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan dijadikan markas untuk menagih dadah syabu bersama belasan rakan lain.

Bagaimanapun kegiatan tiga lelaki terbabit terbongkar selepas tujuh pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Hulu Langat diketuai Ahmad Fauzan Mohd Arif menyerbu rumah itu jam 12.30 tengah malam kelmarin.

Ketika serbuan, tiga lelaki terbabit tidak menyangka pintu rumah diketuk pegawai AADK.

Ketua Pegawai AADK Hulu Langat Muhammad Ramlan Syed Ahmad berkata, tiga lelaki itu antara 14 individu ditahan dalam operasi empat jam bermula jam 9 malam di sekitar Kajang, Semenyih dan Cheras, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 5:56 AM