CHI Tae
ABYGAIL
LIYAMUNDRIYATI
CHU Tae
MOHAMAD Syazlee
MUHAMMAD Afiq
IRIS ILIANA
IRWAN Syah
HYUNH A Mui
MUHAMAD Azrul
ARYAN Mikhail
Yusmizal Dolah Aling

Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu bapa kandung atau waris kepada seorang bayi dan 10 kanak-kanak.

Bagi kes pertama, bayi lelaki dinamakan Aryan Mikhail Abdullah, empat bulan ditinggalkan ibu kandungnya di satu tiang dalam surau di Setapak, Kuala Lumpur, 26 September tahun lalu.

JKMWPKL turut mencari waris enam kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan keluarga masing-masing iaitu Muhamad Azrul, 4, yang diserahkan ibu kandung, Rohayati, warga Indonesia untuk dijadikan anak angkat kemudian menghilangkan diri manakala kanak-kanak dikenali sebagai Baby atau Irwan Syah, 8, dirujuk seorang pengasuh, T Krishnamah pada 4 Jun 2014 selepas ibu kandung menghantarnya ke rumah di A-2-11, Mutiara Fadason, Jalan 2/17, Off Jalan Kepong, di sini, dan melarikan diri.

Selain itu, dua beradik iaitu Chi Tae, 11, dan Chu Tae, 9, yang diselamatkan ketika operasi pengemis dan kutu rayau oleh JKM ditempatkan di institusi jabatan itu sejak 2007 manakala Mohamad Syazlee Awang, 13, dirujuk penjaga yang juga adik kepada ibu kandung kanak-kanak berkenaan yang meninggalkannya sejak 2007.

Penjaga Mohamad Syazlee kini menghadapi kesukaran menyekolahkan kanak-kanak itu berikutan tiada dokumen pengenalan diri dan meminta ibu kandungnya, Siti Aisyah, pasport Indonesia XC529346 dengan alamat terakhir di Batu 25, Jalan Labuk Road, Peti Surat No 36, Sandakan, Sabah tampil untuk urusan dokumentasi.

Bagi remaja Muhammad Afiq Hakimi, 15, yang dirujuk seorang lelaki Abdul Halim Abdul Hamid untuk pengesahan penjagaan melalui mahkamah selepas berurusan dengan Che Mat yang berjanji untuk menyerahkan dokumen.

Dia mengambil Muhammad Afiq di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada awal 2015 sebelum lelaki itu melarikan diri dan tidak dapat dihubungi.

Sementara itu, JKMWPKL turut mencari waris dan keluarga kepada empat kanak-kanak perempuan iaitu Hyunh A Mui, 8, yang ibunya berketurunan Vietnam manakala bapanya warga Thailand.

Pihaknya menerima perintah daripada mahkamah untuk mengesan nenek sebelah ibu yang tinggal di Malaysia dikenali sebagai Huyan Kheng manakala bagi ibu kandung kepada Iris Iliana Abdullah, 5, dikenali Norisliana Mohd Hazali, bernombor kad pengenalan 880502065196 dan alamat terakhir No 14A, Taman Bukit Segar, Cheras yang menyerahkan kanak-kanak bersama borang pengesahan kelahiran supaya tampil untuk urusan dokumentasi.

Selain itu, seorang kanak-kanak iaitu Liyamundriyati Muntako, 13, dirujuk ibu saudaranya, Salasi Jasin kepada JKM selepas bapa kandung, Muntako Sarghani meninggal dunia pada 29 Oktober 2005 manakala ibunya, Lilis Sugiyati, pasport Indonesia AD359931 dan alamat terakhir Kampung Pasir, Batu 5 ½, Jalan Klang Lama dapat tampil untuk urusan persekolahannya.

Bagi Abygail Loganaiyaki, 6, dirujuk oleh Esther Selaistin a/p [email protected] yang diserahkan kenalannya, Arul Kumar a/l Segaran pada 23 Julai 2014 tanpa sebarang dokumen dan lelaki itu mengakui kanak-kanak adalah hasil hubungannya dengan ibu kandung Mala a/p Subramaniam.

Ibu kandung kanak-kanak itu meninggal dunia pada 8 November 2015 manakala Arul Kumar pula tidak diketahui di mana berada.

JKMWPKL memohon 11 penama dan waris bayi dan kanak-kanak berkenaan tampil bagi membantu siasatan dan urusan dokumentasi dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pelindung di Bahagian Kanak-kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di talian 03-26124000.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2017 @ 6:06 AM