BADRILA dan ibunya menyiram air mawar di pusara Allahyarham Jamlus.
BADRILA dan ibunya menyiram air mawar di pusara Allahyarham Jamlus.

Banting: Bapa kepada Pengarang Berita Harian Metro, Jamlus Mohd Yusof, 77, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di kediamannya di Kampung Sungai Manggis di sini, akibat menghidap kanser hati, semalam.

Badrila, 43, berkata, tahap kesihatan ayahnya semakin merosot sejak minggu lalu sebelum tenat.

“Bapa saya disahkan menghidap kanser hati, Februari lalu dan mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Mukriz, Cheras. Dia dipindahkan ke Hospital Banting, awal bulan ini.

“Isnin minggu lalu, dia dibawa pulang ke rumah dan tidak boleh bercakap. Pada jam 1.45 tengah hari tadi (semalam), dia disahkan meninggal dunia di sisi keluarga,” katanya.

“Kami bersedia dan membuat persiapan berikutan doktor maklumkan ayah hanya mampu bertahan tiga bulan,” katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri, Ainon Saibudin, 75, empat anak dan 16 cucu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 6:47 AM