ANGGOTA bomba mengikat buaya yang ditemui dan diserahkan kepada PERHILITAN.

Kinarut: Beberapa pekerja binaan di Taman Sutera Jaya Kinarut, di sini, terkejut menemui buaya sepanjang 1.5 meter di dalam parit sebelum menangkap reptilia berkenaan

Susulan penangkapan buaya jam 9.20 pagi semalam, pekerja terbabit menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

Difahamkan, ketika kejadian, beberapa pekerja di taman perumahan melakukan kerja pembinaan.

Pekerja terbabit menangkap buaya itu kerana bimbang reptilia berkenaan hilang sebelum menghubungi BBP Papar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan 9.29 pagi sebelum sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dikerah ke lokasi kejadian.

“Buaya berukuran 1.5 meter berjaya ditangkap oleh orang awam di dalam parit di taman perumahan berkenaan sebelum menghubungi bomba,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2017 @ 9:31 AM