Moh Samsudin (kanan) mengedarkan risalah kempen ' Gerakan Revolusi Anti Rasuah' di Stesen bas dan teksi di Lembah Sireh. FOTO Zaman Huri Isa
Siti Nor Hidayatidayu Razali


ENAM individu akan didakwa di mahkamah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, kata Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusof.

Beliau berkata, ia membabitkan lima kes dengan nilai suapan antara lebih RM2,000 hingga RM400,000.

“Mereka yang ditahan itu termasuk seorang pegawai kanan kerajaan.

"Mereka berusia antara 20 hingga 50an disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan akan didakwa di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas kempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) di Terminal Bas Lembah Sireh, di Kota Bharu, hari ini.

Dalam pada itu Moh Samsuddin berkata, SPRM memandang serius kes rasuah yang membabitkan masyarakat termasuk penjawat awam.

"Kita sentiasa membuat pemantauan dan meminta masyarakat bersama-sama dengan SPRM untuk menangani gejala rasuah,” tegasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2017 @ 3:26 PM