KAPAL korek pasir yang didapati beroperasi di luar waktu dibenarkan. FOTO ihsan APMM
KAPAL korek pasir yang didapati beroperasi di luar waktu dibenarkan. FOTO ihsan APMM
Mohd Hilmie Hussin


KAPAL korek pasir beroperasi secara haram berhampiran Pulau Upih, Melaka, dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuala Linggi DM5, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.20 tengah malam itu, difahamkan Bot Petir 84 APMM melakukan rondaan Operasi Satria Selatan di Perairan Selat Melaka, mengesan kapal korek pada kedudukan 3 batu nautika dari Pulau Upih.

Hasil pemeriksaan mendapati kapal terbabit melakukan aktiviti korek pasir di luar waktu dibenarkan manakala lesen perkapalan dalam negeri milik kapal terbabit, tamat tempoh.

"Kapal bersama lapan krew warganegara China berusia 20 hingga 50 tahun, ditahan dan diarah berlabuh di Perairan Klebang, Melaka.

“Kes disiasat mengikut Akta Pelantar Benua 1966 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," kata APMM dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2017 @ 3:42 PM