INDIVIDU yang diburu polis. (Barisan atas, dari kiri) Mohamad Fariq, Mohamad Nasarudin, Mohamad Faizul Fikry dan Boon Sin. (Barisan bawah, dari kiri) Mohd Hafis Ziqkryhand, Mohd Amirul Afizam, Mohd Shaifuldin, Mazlan dan Ali Amirul Aliff. FOTO Faris Zainuldin
Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


POLIS Kelantan memburu sembilan individu untuk membantu siasatan membabitkan pelbagai kes jenayah di negeri ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sembilan lelaki berkenaan masing-masing Ali Amirul Aliff Rosdi, 23; Mohamad Nasarudin Abdullah, 23; Mohamad Fariq Haris Fadzilah, 24; Mohamad Faizul Fikry Zakaria, 25; Mohd Hafis Ziqkryhand Zukri Kini, 27; Mohd Amirul Afizam Mat Aripin, 29; Mohd Shaifuldin Wie, 33; Mazlan Mustapha, 43; dan Kwok Boon Sin, 54.

Katanya, mereka dicari untuk membantu siasatan termasuk kes bunuh, cubaan bunuh, curi kenderaan, samun dan dadah.

"Kita percaya semua lelaki itu kini berada di luar Kelantan dan minta mereka tampil di balai polis berdekatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung semua lelaki itu diminta tampil untuk membantu siasatan pihak kami," katanya di Kota Bharu, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mei 2017 @ 6:44 PM