Kamarul Azhar ditemani anaknya menyiram air mawar ke pusara isterinya, Naizura, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR
BERNAMA

NAIZURA Mohamed, 42, guru yang meninggal dunia akibat sakit jantung selepas rebah di atas pentas ketika membuat persembahan dikir barat bersama murid-muridnya hari ini, kelihatan amat ceria dan bersemangat untuk meraikan sambutan Hari Guru di sekolahnya.

Naizura adalah guru Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1, Tendong, Pasir Mas, Kelantan, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tendong.

Suami Allahyarham, Kamarul Azhar Ahmad, 44, berkata isterinya pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2009 namun tidak pernah sakit selepas itu.

“Tidak kami sangka arwah isteri pergi ketika semua warga pendidik bergembira menyambut Hari Guru," kata Kamarul yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Gelang Mas, Pasir Mas.

dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, sebelum

Pasangan itu mempunyai empat anak berusia antara 12 dan 21 tahun.

Kejadian berlaku di depan kira-kira 700 hadirin termasuk murid, guru dan kakitangan sekolah.

Guru besar sekolah itu, Zulhadi Mahamad, berkata Naizura yang sudah 12 tahun mengajar di sekolah itu, sempat diberi bantuan kecemasan namun disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.

Zulhadi berkata, sebelum acara bermula, mangsa kelihatan letih dan rakan guru menasihatinya berehat di bilik guru atau pulang, namun allahyarham bertegas mahu meneruskan persembahan penutup bersama kumpulan muridnya.

Allahyarham yang berasal dari Kampung Alor Durian, Pasir Mas, mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Perangkap kira-kira 6 petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2017 @ 12:17 AM