Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Sempena menyambut bulan Ramadan, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd menganjurkan program Bubur Lambuk sebagai sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pierre Olivier-Deplanck berkata, tahun ini pihaknya menjalin kerjasama dengan TV Al-Hijrah untuk mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai.

Katanya, program terbabit adalah acara tahunan Giant dan pihaknya komited untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang telah membantu menjadikan Giant sebagai pasar raya terbesar di Malaysia.

“Ini adalah tahun kelima kami menganjurkan pemberian bubur lambuk menjelang bulan Ramadan dan kali ini, sebanyak 36 pasar raya Giant di seluruh Malaysia mengambil bahagian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 3:22 AM
PIERRE (kanan) mengacau bubur lambuk.
PIERRE (kanan) mengacau bubur lambuk.