Pemandu kren yang cedera dibantu anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Pemandu kren yang cedera dibantu anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Kalidevi Mogan Kumarappa

[email protected] kren tapak pembinaan hotel di Jalan Sultan Ismail cedera di kaki kirinya selepas dihempap alat ‘€˜boom’ hidraulik kren.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, alat 'boom' yang berfungsi sebagai penggerak hidraulik kren berkenaan dilaporkan jatuh ke dalam tempat operasi kren dan menghempap pemandu kren terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan pada jam 1.35 tengah hari dan bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa berada dalam keadaan sedar dan kaki kirinya tersepit di dalam tempat operasi kren berkenaan.

"Untuk mengalihkan alat berkenaan, anggota bomba terpaksa menggunakan alat hidraulik khas, mangsa kemudian berjaya diselamatkan pada jam 2.23 petang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 8:05 PM