KETUA Pegawai Eksekutif Sani Express, Mejar Abu Bakar Mohammad (tiga dari kiri) bersama pemenang termasuk Mohd Naqiuddin (kanan).

Klang: Sekeping tiket bas untuk pulang ke kampung halaman membawa tuah kepada seorang penuntut universiti swasta selepas berjaya memenangi sebuah televisyen LED 32 inci dalam cabutan bertuah anjuran Sani Express, semalam.

Mohd Naqiuddin Mohd Nordin, 23, berkata dia tidak menyangka pembelian tiket untuk perjalanan ke Kemaman, Terengganu berjaya membuka laluannya menjadi antara lima pemenang yang memenangi hadiah berkenaan.

“Saya ingatkan panggilan palsu dan saya memang tak menyangka saya bertuah kali ini.

“Hampir-hampir juga melepaskan hadiah ini kerana memikirkan ia satu penipuan, namun saya menghubungi semula pejabat Sani Express dan mereka mengesahkan panggilan yang diterima itu benar. Saya berterima kasih dengan pihak Sani Express atas pemberian hadiah ini,” katanya ketika ditemui, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2017 @ 7:38 AM