Mayat dihantar ke HDOK Sandakan untuk bedah siasat. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman


MAYAT wanita warga asing berusia 30-an yang dipercayai dibunuh ditemui di sebuah rumah penginapan di Pusat Bandar Sandakan, Sandakan, hari ini.

Dalam kejadian 6 pagi itu, mayat ditemui penjaga premis sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, susulan itu, sepasukan anggota bergegas ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

"Identiti mangsa belum dikenal pasti namun wanita itu dipercayai warga Filipina.

"Mayat dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk bedah siasat," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut termasuk motif kejadian masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2017 @ 4:43 PM