Mayat salah seorang dari dua mangsa kemalangan motosikal petang tadi. FOTO Ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin


DUA lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka diseret sebuah kereta di Kilometer 25.1 Jalan Duta menghala Sungai Buloh, Kuala Lumpur, kira-kira jam 5 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nazri Hussin berkata, penunggang, Kalai Arasan Nadason, 30, dan pembonceng motosikal berkenaan, Jeevah Muhunthan, 19, disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

"Siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa bergesel dengan sebuah kereta sebelum hilang kawalan dan terjatuh di laluan berkenaan.

"Salah seorang mangsa iaitu pembonceng motosikal berkenaan diseret 25 meter dari lokasi mereka terjatuh," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 10:01 PM