Pegawai SPRM membawa pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden untuk permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut sekitar Melaka di Mahkamah Majistret Putrajaya. FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR
Mohd Husni Mohd Noor


KETUA Bahagian Siasatan Jenayah sebuah daerah di Melaka ditahan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung

kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan pusat urut di beberapa lokasi di Melaka.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berpangkat Asisten Superintendan berusia 51 tahun itu ditahan SPRM pagi semalam.

Pegawai kanan polis berkenaan adalah individu ke-13 yang ditahan SPRM sejak 16 Mei lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi dalam keadaan bergari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mei 2017 @ 12:26 PM