GAMBAR hiasan
Mohd Sabran Md Sani


MAYAT wanita tanpa dokumen pengenalan diri ditemui di kawasan semak sebuah tapak pembinaan di Jalan Tanjung Puteri, Johor, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mayat berkenaan ditemui pengawal keselamatan pada 2.40 petang sebelum menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS).

"Setakat ini tiada dokumen pengenalan identiti dijumpai dan sebab kematian masih belum diketahui.

"Bangsa dan warga negara wanita itu belum diketahui," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

"Pihak polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Afdal di talian 013-7711152.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mei 2017 @ 11:55 PM