TIGA puluh empat penduduk daripada lima keluarga ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Paya Lang, Segamat, sejak dibuka kira-kira 12 tengah malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Johor, Kolonel (PA) Mat Zin Bujang, berkata ini berikuta penempatan mereka banjir pada kira-kira 10 malam.
“Mangsa banjir ditempatkan di PPS membabitkan sepuluh lelaki, perempuan (14), kanak-kanak lelaki (empat), kanak-kanak perempuan (tiga), bayi lelaki (dua) dan bayi perempuan (satu)," katanya dalam kenyataan, hari ini.