Keadaan rumah yang musnah terbakar di di Kampung Bako Hulu, Kuching, pagi tadi. - Foto Ihsan bomba
Ekhwan Haque Fazlul Haque


RUMAH didiami enam sekeluarga, musnah dalam kebakaran di Kampung Bako Hulu, Kuching, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu bagaimanapun, tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kematian

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.34 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dibantu BBP Kuching dikejar ke lokasi.

“Pasukan bomba terpaksa menaiki bot menyeberang Sungai Bako untuk sampai ke lokasi kejadian kerana tiada akses jalan raya,” katanya.

Menurutnya, seluruh rumah kayu itu musnah dan bomba menggunakan sumber air sungai untuk memadam kebakaran.

Beliau berkata, agensi lain yang memberi bantuan ialah polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Jun 2017 @ 12:36 PM