Siti Fatimah Hassan


TABUNG Haji (TH) sudah melakukan persediaan awal memastikan keselesaan penginapan 30,200 jemaah pada musim haji kali ini berikutan penambahan kuota jemaah berbanding 27,900 orang jemaah sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya sudah menyelesaikan semua isu berkaitan penginapan dengan menyewa kemudahan penginapan mencukupi untuk semua jemaah.

“Kita berterima kasih kepada Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang mengizinkan peningkatan kuota haji Malaysia.

"Kita sudah menyelesaikan semua 23 penginapan di Makkah dan 11 lagi di Madinah untuk jemaah haji. Kita juga sedang membuat persiapan rapi untuk ketibaan jemaah nanti," katanya pada sidang media selepas pulang dari lawatan kerja meninjau persiapan haji TH di Makkah, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2017 @ 2:53 PM
Kuota jemaah haji dinaikkan kepada 30,200 orang tahun ini. - Foto Arkib NSTP