JALIYAH menunjukkan Rizky Burger Mini Keju.
Rudy Syareme Sheriffudin


Bayan Lepas: Resipi diadun sendiri dengan pelbagai jenis herba mampu membangkit rasa dan selera pengunjung untuk menikmati dan merasai kelazatan Rizky Burger Mini Keju yang cukup comel dan unik.

Peniaga, Jaliyah Wan Chik, 33, berkata, menu itu dibuat sendiri menggunakan pelbagai rempah-ratus tradisi Melayu untuk menghasilkan adunan dan aroma pada daging lembu dan ayam sebelum dijadikan ketulan
burger mini.

“Setiap hari kira-kira 1.6 kilogram (kg) daging dan 1.6kg ayam digunakan untuk menyiapkan adunan burger dan setiap adunan mempunyai berat sekitar 40 gram setiap satu yang akan disediakan dalam bentuk ketulan kecil sebelum digoreng panas.

“Untuk menyiapkan ketulan daging dan ayam ini mengambil masa lebih sejam setengah manakala roti burger mini ditempah khas dan sayuran segar serta sos keju digunakan dengan pelbagai pilihan sos termasuk cili, barbeku dan lada hitam.

“Pengalaman dua tahun dalam penyediaan Rizky Burger Mini Keju ternyata memberi rezeki kepada saya apabila ia mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pengunjung yang datang membeli dan merasai burger mini istimewa ini,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Jalan Mahkamah.

“Coca-Cola menyasarkan peniaga wanita seiring dengan usaha memperkasakan usahawan wanita menjelang 2020.

“Terdapat 100 gerai terpilih di bazar Ramadan di seluruh negara dan tujuan utama untuk memperkenalkan kenikmatan Coca-Cola digandingkan bersama juadah berbuka puasa.” - Pengurus Komunikasi Coca-Cola Malaysia Khairul Anwar Ab Ghani

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2017 @ 7:21 AM