GAMBAR hiasan
Ridhatul Rizki


CELCOM mengesahkan berlaku gangguan rangkaian panggilan di seluruh Malaysia, hari ini.

Gangguan yang bermula sejak 7 pagi tadi sudah diperbaiki bagi kawasan Semenanjung Malaysia, kata Celcom menerusi status Facebook Celcom.

Bagi gangguan di Sabah dan Sarawak pula sudah pulih kira-kira 1 tengah hari.

Berikutan hal itu, ramai pengguna Celcom meluahkan kemarahan mereka terhadap syarikat telekomunikasi terbabit di ruangan komen status berkenaan .

Pengguna Facebook dengan nama Ibnu Mohamed Wal Sakinah mendakwa, gangguan rangkaian Celcom di Kelantan sudah lama berlarutan.

Antara nukilannya, “Amat teruk (rangkaian) di seluruh Kelantan, terutama di tempat kerja saya di Dabong. Jika tiada tindakan dari pihak Celcom maka saya boleh katakan selamat tinggal kepada Celcom yang selama ini menjadi satu satunya servis di hati penduduk.”

Pengguna Facebook dengan nama Zizze Azeem pula mempersoalkan mengapa perkhidmatan talian Celcom semakin teruk.

Antara yang ditulis, “Line Celcom semakin lama semakin teruk. Sepatutnya semakin lama semakin canggih dan maju. Line Internet macam biskut sekejap ada sekejap tak ada. Memang tak nak upgrade (naik taraf) line ke?”

Sementara itu, Mohd Jaafar pula mahu Celcom memberikan data percuma tanpa had sebagai ganti rugi.

“Bagi kami unlimited data for 7 days (data tanpa had selama tujuh hari). Pagi-pagi sudah menyusahkan orang,” tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2017 @ 6:29 PM