MARIE (tengah kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Penjaga Rumah Kasih Nurul Hasanah, Nor Hapidah Kamaruddin.
MARIE (tengah kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Penjaga Rumah Kasih Nurul Hasanah, Nor Hapidah Kamaruddin.
Siti Fatimah Nasir


Kuala Lumpur: Prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik, Kenanga Wholesale City (KWC) meraikan penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang pada majlis berbuka puasa di pusat beli-belah itu di sini, semalam.

Seramai 40 anak yatim dan asnaf berusia enam bulan dan 17 tahun yang menghuni rumah itu dirai pada majlis berkenaan.

Pengurus Pengiklanan dan Promosi Marie Ann Francis berkata, majlis itu antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya untuk membantu meringankan beban, sekali gus menceriakan golongan yang memerlukan.

“Pada majlis ini, anak yatim bukan saja diberi peluang berbuka puasa bersama kakitangan syarikat, malah mereka menerima sumbangan duit raya dan hadiah buku dan kelengkapan alat tulis.

“Majlis tahunan KWS ini amat menitikberatkan keprihatinan dan menerapkan konsep memberi semula kepada masyarakat dan komuniti sekitar memerlukan bantuan,” katanya.

Menurutnya, anak yatim di rumah itu menerima kelengkapan pakaian raya daripada KWC bagi menyambut ketibaan Aidilfitri kelak.

“Selain itu, KWC menyumbang RM5,000 kepada rumah anak yatim dan asnaf berkenaan bagi meringankan beban serta membantu perbelanjaan harian mereka,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Jun 2017 @ 4:42 AM