Wan Ahmad Najmuddin (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas KPD Johor Bahru Selatan antara Sulaiman (kiri) dengan Shahurinain di Dewan Dato' Onn IPK Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Wan Ahmad Najmuddin (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas KPD Johor Bahru Selatan antara Sulaiman (kiri) dengan Shahurinain di Dewan Dato' Onn IPK Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mohd Sabran Md Sani


BEKAS Timbalan Pegawai Turus Kepolisian Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan (JPJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak Asisten Komisioner Shahurinain Jais dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Johor Bahru Selatan berkuat kuasa hari ini.

Shahurinain menggantikan Senior Asisten Komisioner Sulaiman Salleh yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Majlis serah terima tugas yang diadakan di Dewan Dato' Onn IPK Johor disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Pada majlis itu, turut diadakan serah terima tugas antara Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Johor Bahru Selatan, Pauziah Zainal Abidin dengan isteri Shahurinain, Siti Balqis Abdullah yang dilantik sebagai Pengerusi PERKEP IPD Johor Bahru Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2017 @ 11:52 AM