Hitachi

TEMPOH kesegaran makanan terutama sayur-sayuran kini boleh dikekalkan selama tujuh hari dengan kehadiran teknologi 'Ruang Sayuran Aero-Care' bagi model peti sejuk empat pintu terbaru Hitachi iaitu R-WB850P5M.

Kepakaran dan kerjasama Universiti Hokkaido, Jepun dan Professor Hitachi Atsushi Fukuoka berjaya menghasilkan teknologi yang pertama diaplikasikan dalam peti ais di rumah, sekali gus memenuhi keperluan pengguna yang ingin mengekalkan kesegaran makanan dalam tempoh lebih lama selain saiz peti ais lebih besar iaitu 59 liter (L).

Fungsi ‘Pendinginan Dwikipas' menjadi fokus utama model di bawah siri 'Pembeku Bawah Perancis' ini di mana satu daripada penyejuk ini akan berfungsi mengalirkan udara pada bahagian atas manakala satu lagi berperanan untuk menyejukkan bahagian tengah dan bawah peti ais.

Selain itu Model R-WB850P5M turut menampilkan beberapa inovasi terbaru iaitu Super Energy Saving, Stabilizer Free, Powerful Cooling dan Long Cool Keeper.

Ciri 'Super Energy Saving' membolehkan peti ais ini mengawal jumlah dan bahagian pengaliran udara disalurkan, sekali gus memastikan tiada pembaziran tenaga elektrik digunakan sepanjang tempoh penggunaan.

Malah model R-WB850P5M berupaya kekal sejuk selama tempoh 15 jam sekiranya ketiadaan sumber tenaga elektrik manakala fungsi 'Stabilizer Free' menjadikan ia kekal sejuk walaupun ketika menerima jumlah voltan tidak menentu (turun naik).

Teknologi 'Powerful cooling' pula menjadikan peti ais ini 'kebal' daripada cuaca panas dengan bertindak mengekalkan suhu sejuk di dalamnya biarpun cuaca diluar mencapai 60 darjah Celsius.

Daripada segi rekaan pula Hitachi R-WB850P5M menjanjikan ciri serba moden di mana ruang peti ais dihasilkan dengan perincian sudut lebih besar, ukuran serba lebar 77cm dan pada masa sama makanan atau barangan mudah dicapai oleh pengguna.

Dengan kapasiti 'Compartment' sebesar 466L, setiap bahagian dibahagikan kepada jenis makanan berbeza termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, daging, dan juga botol minuman. Lebih banyak barangan boleh disimpin hasil jumlah kapasiti sebanyak 466 liter.

Menariknya botol bersaiz kecil diletakkan di bahagian hadapan manakala besar di sudut belakang, sekali gus menjimatkan penggunaan ruang.

Tidak lengkap sebuah peti ais sekiranya tiada bahagian penghasilan ais dan Model R-WB850P5M juga tidak berkecuali.

Namun menariknya bahagian penghasilan ais terletak di bahagian pintu penyejuk beku dan kedudukan ini membolehkan lebih ruang diberikan kepada stor penyimpanan makanan.

Selaras dengan perubahan teknlogi, bahagian luar peti ais ini juga menampilkan ciri teknlogi skrin sentuh dimana terdapat ‘Pengawal Skrin Sentuh’ membolehkan anda menukar tetapan dengan sentuhan mudah.

Ikon hijau bagi menandakan sistem operasi peti ais dalam keadaan stabil manakala simbol 'Pendinginan Dwikipas' menunjukkan fungsi terbabit berfungsi dengan baik.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://hitachiconsumer.com.my/products/refrigerators/

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2017 @ 6:56 AM