BERNAMA

SEMPENA Aidilfitri, had laju jalan Persekutuan diturunkan 10 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j mulai 18 Jun hingga 2 Julai.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bagi jalan negeri, kementerian meminta kerjasama pihak berkuasa negeri menurunkan had laju daripada 80 km/j kepada 70 km/j.

"Selain itu, kerja pembinaan dan penyenggaraan bagi jalan Persekutuan dan jalan negeri serta lebuh raya akan dihentikan mulai 18 Jun hingga 2 Julai bagi memastikan kelancaran trafik.

“Namun, kerja-kerja kecemasan dan kritikal adalah dikecualikan," katanya berucap merasmikan program Coffee Break Sempena Aidilfitri di Seremban, hari ini.

Fadillah berkata JKR dan LLM juga menubuhkan pasukan peronda bagi memantau kemalangan dan kerosakan jalan selain memastikan kerja kecemasan dilakukan dengan segera tanpa gangguan lalu lintas di jalan-jalan Persekutuan.

Fadillah menasihatkan semua pengguna jalan raya memandu dengan berhemah serta mematuhi peraturan jalan raya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2017 @ 6:16 PM