Keadaan bas ekspres yang terbabas. FOTO ihsan polis
Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


PEMANDU bas ekspres dan seorang penumpang maut selepas kenderaan itu terbabas sendiri di Kilometer 422.5, Lebuhraya PLUS, dekat Bukit Tagar, Hulu Selangor, pagi tadi.

Kejadian 5 pagi itu turut menyebabkan seorang penumpang wanita parah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, pemandu bas yang maut dikenali sebagai M Arasu, 47.

"Manakala penumpang yang maut ialah warga Indonesia dikenali sebagai Mesenah, 46.

“Bas itu dalam perjalanan ke arah selatan dan sebaik tiba di lokasi, ia dipercayai terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan," katanya.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru manakala penumpang yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Bas berkenaan membawa 24 penumpang dalam perjalanan dari Kangar ke Johor Bahru.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Jun 2017 @ 11:20 AM