Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-13 Tahun 2017 pada 20 Mac lalu yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra di Kota Darulnaim, Kota Bharu. FOTO arkib NSTP
Siti Nor Hidayatidayu Razali


BARISAN kepimpinan PKR Kelantan masih belum meletak jawatan dalam kerajaan negeri Kelantan.

Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, setakat ini semua barisan kepimpinan PKR Kelantan masih bersama kerajaan Kelantan.

Katanya, terdapat tiga Pengerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga penyelia Parlimen masih terus bertugas serta berkhidmat kepada rakyat.

"Kami masih bertugas dan tempoh meletak jawatan itu akan berakhir pada 31 Julai ini.

"Kami menunggu arahan kepimpinan PKR," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengarahkan wakil partinya di Kelantan untuk meletak jawatan akhir Julai ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Julai 2017 @ 8:43 PM