EKSEKUTIF Pengurusan Jenama BH Nurul Akmal Mohd Yusoof (kanan) bersama Eksekutif Pengurusan Jenama NST, Nur Zawani Johari melihat gambar pemenang peraduan di Balai Berita, Bangsar.
EKSEKUTIF Pengurusan Jenama BH Nurul Akmal Mohd Yusoof (kanan) bersama Eksekutif Pengurusan Jenama NST, Nur Zawani Johari melihat gambar pemenang peraduan di Balai Berita, Bangsar.

Kuala Lumpur: The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) mengumumkan 60 pemenang bertuah sempena penganjuran kempen Sepuluh Jari dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN), di sini, semalam.

Semua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM200 dan baucar RM200 setiap seorang.

Eksekutif Pengurusan Jenama NSTP, Shazaliza Azlin Rusli berkata, peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM12,000 dan baucar RM36,000 itu bermula dari 24 Jun hingga 8 Julai lalu.

“Kami menerima lebih 800 penyertaan daripada pembaca setia akhbar NSTP. Setiap pembaca perlu berkongsi gambar atau video bertemakan Raya Dulu dan Sekarang menerusi #SepuluhJari dan #RiuhkanRayaBSN menerusi laman sosial masing-masing.

“Pemilihan pemenang berdasarkan kreativiti bersama keterangan gambar atau video menarik yang dimuat naik dan menepati tema yang ditetapkan seperti kuih raya, juadah hari raya, pakaian raya dan duit raya,” katanya selepas pengumuman pemenang, di sini, semalam.

Shazaliza berkata, pihaknya akan menghubungi pemenang menerusi laman sosial masing-masing.

“Kami akan memberi pesanan dan menghubungi pemenang terus berdasarkan akaun laman sosial yang digunakan.

“Pihak NSTP berhak mendapatkan maklumat lengkap pemenang untuk tujuan rekod,” katanya.

Menurutnya, kempen Sepuluh Jari bertepatan dengan sambutan Syawal dan membawa makna serta lembaran kepada umat Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2017 @ 7:05 AM