FD Iskandar (tengah) bersama penghuni Rumah Aman selepas menyampaikan sumbangan duit raya sempena Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran REHDA, REHDA Wilayah Persekutuan dan REHDA Selangor, semalam.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Petaling Jaya: Masalah kesukaran mendapatkan pembiayaan pinjaman yang dialami ramai pembeli berpotensi perlu diselesaikan segera bagi mengatasi isu pemilikan rumah mampu milik di negara ini.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Datuk Seri FD Iskandar berkata, isu pemilikan rumah boleh diatasi sekiranya bank pusat (Bank Negara Malaysia) lebih fleksibel dan tidak mengenakan syarat yang terlalu ketat.

“Kelayakan pinjaman menjadi kekangan utama kepada pemilikan rumah kerana pembeli berpotensi masih sukar mendapatkan pembiayaan dari bank.

“Kita harapkan menjelang suku kedua tahun ini kerajaan dapat menyelesaikan isu berkenaan kerana pelaburan dalam bidang hartanah memberi pulangan nilai yang tinggi pada masa depan,” katanya pada sidang media sempena Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran REHDA, REHDA Wilayah Persekutuan dan REHDA Selangor, semalam.

Hadir sama Timbalan Presiden REHDA Datuk Ir Soam Heng Choon serta Pengerusi REHDA Selangor Zulkifly Garib.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2017 @ 11:11 AM